fb fb fb fb fb

Pang Sock Tao angkat sumpah ADUN Kuala Kubu Baharu

Pang mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor, Lau Weng San/Foto: BERNAMA

SHAH ALAM, 4 Julai- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 di Wisma Negeri di sini hari ini.

Pang, 31, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor Lau Weng San.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu Mei lalu, Pang memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu selepas kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.

ZEHRA BINTI ZAMBRI