fb fb fb fb fb

Pandu secara merbahaya di SDE: Polis sita Lamborghini, buka kertas siasatan

(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

ISKANDAR PUTERI, 31 Julai- Polis telah menyita lima kereta mewah jenis Lamborghini dan membuka kertas siasatan terhadap lima individu yang didapati memandu kenderaan itu secara melulu dan berbahaya di Lebuh Raya Senai Desaru (SDE), Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua pemandu berumur dalam lingkungan 45 hingga 65 tahun itu sebelum ini telah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Mereka dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Bukan kita tak alu-alukan kedatangan mereka, kita alu-alukan tapi berdisiplin, ikut peraturan kerana di setiap jalan kenderaan dah ada CCTV, jadi berhati-hati kepada semua pesalah-pesalah jalan raya terutamanya yang nak melakukan apa-apa perkara yang tak elok kerana anda dirakam dan rakaman tu akan diviralkan dan anda akan dikenakan tindakan," katanya.

"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Kamarul berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung lima pemandu yang memandu melulu dan merbahaya di SDE, dekat Kota Tinggi.

Sebelum ini tular video berdurasi lebih seminit yang memaparkan aksi berbahaya lima pemandu berkenaan yang memandu secara melulu semasa memotong kenderaan lain di lebuh raya.

Semua mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Senai menghala ke Bandar Penawar untuk menghadiri satu program.


(Tangkap layar video memaparkan aksi berbahaya lima pemandu berkenaan yang memandu secara
melulu semasa memotong kenderaan lain di lebuh raya)

 

Media Baharu