fb fb fb fb fb

Pameran DSA, NATSEC Asia 2024 perkasa hubungan diplomasi pertahanan serantau

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Seri Mohammad Ab Rahman

KUALA LUMPUR, 30 April - Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dapat memperkasa hubungan diplomasi pertahanan serantau.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Seri Mohammad Ab Rahman berkata platform tersebut menggalakkan pertukaran teknologi dan kerjasama dalam usaha pemodenan agensi pertahanan dan keselamatan negara-negara terlibat.

"Jadi keseluruhan usaha ini akan mengukuhkan hubungan diplomasi pertahanan yang seterusnya mewujudkan hubungan kebergantungan diantara satu sama lain, dengan itu akan wujudkan saling percaya dalam aspek pertahanan dan juga keselamatan, meningkatkan keupayaan dan juga untuk kita menghadapi ancaman bersama serta mencegah konflik untuk menjamin kestabilan dirantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 bakal berlangsung pada Enam sehingga Sembilan Mei ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN