KUALA LUMPUR, 17 Januari- Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin, demi keadilan dan kesejahteraan rakyat Palestin.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini termasuk menuntut hak mereka sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dapat menjadi kenyataan.
Beliau berkata penyertaan Palestin sebagai ahli PBB adalah satu langkah penting dalam mengiktiraf hak asasi dan memperjuangkan penyelesaian politik bagi konflik yang melanda Palestin.
"Ini akan membuka ruang kepada sumber dan perwakilan politik yang diperlukan untuk memperjuangkan berkepentingan mereka secara berkesan di peringkat antarabangsa", katanya menerusi catatan facebook.
"Sebagai ahli penuh PBB, rakyat Palestin berusaha untuk menjadi pemegang kepentingan dalam proses membuat keputusan yang akan mempengaruhi masa depan mereka.
Menurut Fahmi, sokongan serta dorongan amat diperlukan untuk memajukan pembangunan sosial, budaya dan ekonomi di negara itu.
"Aspirasi dan impian rakyat Palestin mesti didengar dan dihormati di peringkat antarabangsa", katanya.