fb fb fb fb fb

Pakej Rahmah Insurans, Rahmah Takaful, perlindungan terbaik, kadar rendah

(Datuk Seri Sahuddin Ayub melancarkan Jenama Pakej Rahmah Insurans dan Takaful di Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN, Putrajaya)

PUTRAJAYA, 22 Jun- Perlindungan insurans menerusi 'Pakej Rahmah Insurans' dan 'Pakej Rahmah Takaful' kini boleh dinikmati rakyat terutamanya golongan B40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pakej tersebut memberi perlindungan terbaik kepada pengguna dengan kadar pelan yang rendah.

Beliau berkata pelaksanaannya seiring Program Payung Rahmah menerusi segmen perlindungan harta benda dan diri seperti penunggang kenderaan bermotor.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub)

"Jadi kita dapat melihat bagaimana ia sangat mudah, sangat murahlah boleh kata sangat-sangat murah dan inilah peluang khususnya kepada penunggang-penunggang dan pembonceng-pembonceng motorsikal yang kita rasakan kali ini dapat diberikan perlindungan sekiranya berlakunya kemalangan ataupun kematian dalam kalangan mereka", katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN di sini, hari ini.

Sebagai permulaan, dua syarikat insurans termasuk Allianz Malaysia dan Etiqa menawarkan perlindungan kemalangan peribadi, sehingga RM50,000 dan RM80,000.

Selain itu, Allianz Malaysia turut memperkenalkan perlindungan MotorcyclePlus yang menawarkan perlindungan tambahan seperti Kemalangan Diri sehingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal.

Manakala Etiqa pula menawarkan pengguna mempunyai fleksibiliti untuk membayar premium atau sumbangan bulanan hanya dengan kadar RM5.00 atau tahunan dengan RM36.00 termasuk cukai jualan.

Permohonan boleh dibuat seluruh warganegara berusia 16 hingga 65 tahun serta boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun.

Media Baharu