fb fb fb fb fb

Pakej Fisioterapi Rahmah untuk golongan B40, asnaf

GOMBAK, 15 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan Pakej Fisioterapi Rahmah BeVital.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata inisiatif tersebut menawarkan pakej perkhidmatan fisioterapi serendah RM20 kepada golongan B40 dan RM5 untuk asnaf, bagi setiap sesi rawatan.

"Bagi kumpulan B40, mereka menawarkan harga RM20 dan golongan asnaf, mereka hanya mengenakan bayaran RM5 sahaja.

"Pakej Rahmah selalu persepsinya kualiti, servis itu mungkin 'cincai' tetapi setelah kita melihat tadi bahawa bidang fisioterapi ini memerlukan kepakaran, persijilan.

"Esok, lusa saya rasa banyak lagi segmen lain akan dapat datang untuk memenuhi keperluan rakyat dalam negara kita, bawah Inisiatif Payung Rahmah," katanya.

(Datuk Seri Salahuddin Ayub)

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas pelancarkan Pakej Fisioterapi Rahmah di BeVital Physiotherapy Centre, Selayang, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengasas BeVital, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata pakej Rahmah tersebut meliputi kesemua rawatan fisioterapi dan pihaknya turut memberi diskaun hingga 50 peratus kepada pelanggan yang menerima rawatan buat kali pertama.

Berkaitan inisiatif Rahmah yang dirancang diperluas dalam sektor perbankan, Salahuddin berkata satu sesi libat urus bersama pihak bank akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Media Baharu