fb fb fb fb fb

Pahang umum bantuan khas Aidilfitri RM1,000 kepada penjawat awam

Foto hiasan

KUANTAN, 12 Mac- Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan bonus raya dengan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan berkenaan akan mula dibayar seminggu sebelum raya.

"Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8 juta bagi meringankan beban kakitangan negeri Pahang untuk menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang merupakan program jualan barangan makanan keperluan ketika perayaan Aidilfitri," kata Wan Rosdy.

Jualan berkenaan akan bermula pada 22 hingga 27 Mac dengan melibatkan 26 lokasi jualan di seluruh Pahang.

Ia akan melibatkan kerjasama pasar raya dan pembekal terpilih dengan pengurangan harga barangan daripada 15 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran semasa yang disubsidikan oleh Kerajaan Negeri melibatkan implikasi kewangan RM1.1 juta.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI