fb fb fb fb fb

Pahang negeri pertama raikan hampir semua pelajar SPM 2023

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

JERANTUT, 20 Januari- Kerajaan Pahang memberikan set alat tulis kepada 20,270 calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 di negeri itu.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak RM202,700 diperuntukan dalam inisiatif itu dan digerakkan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) yang diketuai oleh Naib Pengerusi 1 MTSP, Mohd Kamil Ibrahim.

"Kerajaan negeri sebagai tanda ingatan kasih sayang tulus ikhlas menyimbang satu kotak pensel kepada anak-anak kita yang menduduki SPM setiap pelajar di negeri Pahang," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik di Jengka 24, di sini.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata, kolaborasi bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) bagi agihan set alat tulis tersebut berserta kad ucapan Menteri Besar Pahang bermula 24 Januari depan.

Pahang merupakan negeri pertama meraikan hampir semua calon SPM melalui Program Bekalan Alat Tulis Pelajar SPM anjuran MTSP dan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang.

"Set alat tulis ini akan diberikan kepada 20,270 pelajar kepada semua pelajar di Pahang," katanya.

Bagi kelancaran pengagihan itu juga, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian ditugaskan mengagihkan alat tulis tersebut di kawasan masing-masing.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI