fb fb fb fb fb

Pahang akan naikkan kadar tarif air

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 17 Januari- Pahang akan menaikkan kadar tarif air selaras dengan usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air negara mulai Februari ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pahang adalah negeri paling lama tidak menaikkan tarif air sejak Januari 1983 dan pelarasan itu dilihat tepat pada masa.

Bagaimanapun, kerajaan Pahang turut merangka langkah bagi meringankan kesan kenaikan tarif tersebut terutama kepada golongan B40 apabila dilaksanakan nanti.

Menurut beliau, perkara tersebut akan dikaji dan dibincangkan bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan pihak kementerian terlibat.

"Di Pahang ini 40 tahun kita tak naik tarif air, sekarang 37 sen 20 meter padu dan diumumkan naik 78 sen 20 meter padu dan insya-Allah kita akan melihat kenaikan tarif ini di mana kemungkinan kita akan memberi sedikit subsidi atau bantuan kepada kumpulan B40 yang terlibat. Sekarang perkara ini sedang masih dikaji dan diperhalusi," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara EPOM Services, Pahang Skill Development Centre dan Universiti Teknologi Petronas di sini.

Tambah beliau, dengan pelaksanaan pelarasan tersebut, kerajaan dianggarkan akan menerima tambahan pendapatan sebanyak RM80 juta setahun yang akan digunakan bagi menaik taraf perkhidmatan air kepada rakyat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM