
KUALA LUMPUR, 1 Mac- Semua masjid dan surau di Pahang diajak mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam, khususnya di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
- Semua masjid dan surau di Pahang dijemput mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan negara-negara Islam.
- Solat hajat dilaksanakan pada 1 Mac 2026 selepas solat Isyak sebelum tarawih.
- Tujuan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT bagi rakyat Malaysia daripada bencana dan ancaman.
- Pelaksanaan suruhan atas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata solat hajat tersebut hendaklah dilaksanakan pada 1 Mac 2026 (Ahad) selepas solat isyak sebelum solat tarawih.
“Solat hajat ini bagi memohon perlindungan Allah S.W.T ke atas rakyat Malaysia yang berada di sana daripada segala bentuk bencana, musibah dan ancaman.
“Pelaksanaan solat hajat ini atas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook.