fb fb fb fb fb

PADU :DOSM tambah kaunter bagi mudahkan pendaftaran

Ketua Perangkawan Malaysia , Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin meninjau proses pendaftaran PADU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka/Foto RTM

JALAN HANG TUAH, 28 Mac -Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menambah jumlah kaunter fizikal di seluruh negara bagi memudahkan rakyat mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) .

Ia susulan tarikh tutup pendaftaran PADU hanya berbaki empat hari sahaja lagi.

Ketua Perangkawan Malaysia , Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ini akan menjadikan jumlah keseluruhan kaunter fizikal yang dibuka di seluruh negara adalah sebanyak 6,300.

“Saya ingin memaklumkan untuk mengelakkan ketidaktentuan pada hari terakhir iaitu 31 Mac (Ahad) kita ingin menyatakan untuk fizikal kita akan menyatakan hingga pukul 5 petang kita mungkin tidak mengeluarkan nombor lagi sebab kita tahu kalau kita tidak ada peraturan begitu masih akan ada datang di saat-saat akhir.

"Namun kaunter ataupun pendaftaran secara dalam talian akan berterusan sampai ke tengah malam pukul 11.59", katanya selepas membuat pemantauan PADU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di sini.

Setakat ini , sebanyak seramai 8.79 juta orang telah mendaftar dalam sistem tersebut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD