fb fb fb fb fb

PADU: Tiada penglibatan pihak ketiga - Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) pada Rabu lalu/FOTO Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Januari - Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa penglibatan pihak ketiga, kata Menteri Ekonomi.

Rafizi Ramli mengesahkan dakwaan itu sebagai mengambil maklum siaran media sosial sebuah radio tempatan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Accio Technologies, Dr. Cher Han Lau yang mendakwa syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan Padu.

“Setelah semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia, saya boleh mengesahkan bahawa dakwaan Dr. Cher adalah tidak benar," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rafizi menegaskan, pasukan Analitik PADU telah menjemput Dr Cher hanya dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya dan machine learning.

"Proses pembangunan PADU, pengumpulan atau pembersihan data PADU tidak melibatkan beliau ataupun sesiapa daripada syarikat beliau," tegas beliau sambil menambah bahawa PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawatan tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga.

GRACE AISYAH KEDAYAN