fb fb fb fb fb

Padah menunggang secara berbahaya, enam lelaki ditangkap polis

 



TANGKAK, 28 Januari- Enam lelaki berumur 17 hingga 25 tahun, ditahan polis kerana menunggang motosikal secara merbahaya, menerusi satu operasi di Parit Bunga, Tangkak, Johor, pukul 11 malam semalam sehingga tujuh pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd Fadhil Minhat memaklumkan, lokasi terbabit merupakan titik panas bagi golongan remaja menunggang secara merbahaya.

Suspek ditahan selepas melakukan beberapa aksi yang membahayakan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain, serta tidak mempunyai lesen memandu.

Selain itu, operasi turut mengeluarkan 30 saman Pol 257, dengan sebelas kesalahan dikesan, melibatkan kesalahan lesen, ubahsuai struktur kenderaan dan ekzos, serta nombor pendaftaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu