fb fb fb fb fb

PAC mula prosiding isu LTAT dan NIISe selepas Aidilfitri

Datuk Mas Ermieyati Samsudin

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan dua prosiding baharu selepas Aidilfitri kata Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Perkara itu termasuk, isu berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

"Akan dimulakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang akan dilaksanakan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 77(1)(c) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR) dan isu Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional yang akan dijalankan berdasarkan PM 77(1)(d) PPMMDR.

"Prosiding berkaitan LTAT akan bermula pada 20 Jun depan selepas isu yang dilaporkan di bawah lembaga itu dalam Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Agensi Persekutuan," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu bagi prosiding NIISe bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ia akan dilaksana bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI