fb fb fb fb fb

Orkim perkukuh kerjasama jangka panjang dengan Shell Malaysia, Shell Timur

FOTO Orkim Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 28 September- Syarikat kapal tangki Orkim Sdn Bhd mengumumkan perjanjian sewa khas jangka panjang bersama Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd untuk penyerahan dua kapal tangki baharu.

Menerusi kenyataan, syarikat itu memaklumkan kerjasama berkenaan memperkukuh sektor maritim dan tenaga di Malaysia serta komitmennya dalam meningkatkan infrastruktur logistik dan pengedaran bahan api negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya ,Kapten Cheah Sin Bi berkata, kerjasama tersebut membuktikan komitmen pihaknya dalam menyediakan penyelesaian logistik.

Penyerahan dua kapal tangki baharu itu dijadualkan pada suku keempat 2026 dan akan menggalakkan lagi penglibatan peserta industri tempatan.

Selain, menunjukkan komitmen terhadap kecemerlangan operasi, inovasi, dan pertumbuhan lestari dalam sektor tenaga.

Syarikat kapal tangki berkenaan mengendalikan angkatan kapal CPP terbesar Malaysia dengan 17 kapal tangki CPP dan dua kapal tangki LPG, telah membina reputasi kukuh dalam pengangkutan minyak dan logistik maritim.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE