fb fb fb fb fb

Orkestra RTM adakan persembahan julung kali pada sambutan Hari Kebangsaan 2022

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Buat julung kalinya, Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) melakar sejarah dengan persembahan lagu patriotik secara langsung pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail bagaimanapun mengakui berhadapan dengan cuaca panas terik di atas pentas terbuka tidak mengugat melodi pimpinannya yang terdiri 65 ahli muzik dan 65 penyanyi koir.

Katanya, pada sambutan tersebut, Orkestra RTM membawakan sebanyak 13 buah lagu. Antaranya, Nyalakan Tekad, Malaysia Berjaya, Gemuruh, Warisan, dan lagu tema sambutan bulan kebangsaan tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, nukilan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

(Datuk Mokhzani Ismail)

"Seawal pukul 7 pagi kita buat persembahan dengan artis-artis seperti Aina Abdul, Aliff Satar sehinggalah tuanku berangkat utuk lagu negaraku secara langsung dan lagu tema dan seterusnya semasa segmen lintas hormat pesawat pun Orkestra terlibat juga sehinggalah ke akhir.

"Cadangan yang sebelum ini dibawa oleh Datuk Seri KSU, apa kata kali ini selepas dua tahun pandemik, kita merayakan perayaan kali ini dengan skala yang besar, kita persembahkan Orkestra RTM secara langsung," katanya.

Persembahan selama dua jam itu, turut melibatkan 12 artis tempatan dan 65 Koir Keluarga Malaysia Broadway Academy di bawah pimpinan Dr. Casey.

Tambah Datuk Mokhzani, beliau yang telah berkhidmat selama 33 tahun bersama RTM turut berbangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarah sambutan Hari Kebangsaan 2022 selepas dua tahun tidak diadakan akibat penularan Pandemik COVID-19.

Bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2022, Orkestra RTM telah melakukan persiapan dan raptai selama dua bulan.

Media Baharu