fb fb fb fb fb

Jom meriahkan Program MADANI Rakyat di Kuantan selama tiga hari

Pengunjung bertuah berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama berupa sebuah motosikal selain barangan elektrik

KUANTAN, 4 Julai- Orang ramai dijemput hadir ke Program MADANI Rakyat Zon Timur 2024 di Dataran Sayangi Kuantan di sini bermula esok hingga Ahad ini.

Program tersebut melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa (KKDW) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KKDW, Zaflin Pakwanteh, program itu turut melibatkan usahawan desa dan tempatan dari negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Lebih 150 usahawan akan memasarkan produk dan kita harap orang ramai dapat hadir memeriahkan program (serta) menyokong usahawan dengan membeli produk mereka.

"(Selain itu), terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan buat para pengunjung," katanya dalam temu bual menerusi Pahangfm hari ini.

Pelbagai agensi kerajaan akan turut terlibat dalam program berkenaan serta menawarkan perkhidmatan secara langsung kepada pengunjung.

Zaflin berkata, pengunjung juga boleh memperoleh maklumat berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pameran yang disediakan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA