fb fb fb fb fb

Orang awam temukan rangka manusia di ladang sawit

Rangka manusia ditemukan di ladang kelapa sawit di Siliau, Lukut, Port Dickson/ Foto PDRM

SEREMBAN, 3 Februari- Orang awam menemukan satu rangka manusia di sebuah ladang kelapa sawit di Siliau, Lukut, Port Dickson hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson Timbalan Penguasa Polis (DSP) Muhamad Mustafah Hussin dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

"Penemuan itu disedari orang awam yang mahu membaiki paip bocor di kawasan itu, mereka menjumpai satu tengkorak dan beberapa tulang dipercayai anggota badan manusia.

"Pemeriksaan di kawasan itu tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri, pakaian atau senjata selain tiada sebarang kesan perlakuan jenayah dikesan dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Ketua Polis Balai Lukut Sub Inspektor Lim Hooi Boon menerusi talian 06-6472222.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI