KUALA LUMPUR, 4 Mac- Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin menerusi gerak bersepadu Ops Ehsan .
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, sokongan Malaysia kepada Palestin turut dibuktikan dengan kehadiran delegasi kerajaan ke Rafah dengan komitmen menghulurkan bantuan kemanusiaan tanpa henti kepada palestin.
"Kerajaan Malaysia bawah gerak bersepadu Ops Ehsan akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yg sedang menderita di Gaza.
"Misi kemanusiaan akan terus digerakkan lagi menerusi Ops Ehsan berdasarkan cadangan pelan atur tindak oleh sekratariat induk Ops Ehsan,"katanya.
Beliau berkata demikian di Parlimen.
Jelasnya, kerajaan juga akan terus menyalurkan bantuan kpd rakyat Palestin menerusi sumbangan daripada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kepada agensi kemanusiaan yang terlibat.
Dalam perkembangan sama, Datuk Mohamad Alamin turut memaklumkan Malaysia sama sekali tidak akan berganjak daripada menyuarakan enam tuntutan utama memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Antara enam tuntutan berkenaan adalah gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan segera, menghentikan aktiviti penempatan oleh Israel dan tindakan keganasan penduduk haram serta menghentikan serta-merta pemindahan orang awam Palestin secara paksa.