fb fb fb fb fb

Ops Bazar Ramadan pantau pengendali makanan

Foto hiasan

KUALA NERUS, 9 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat pemantauan ke atas bazar Ramadan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Ops Bazar Ramadan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemantauan itu bagi memastikan makanan yang dijual adalah mengikut undang-undang ditetapkan.

Pengendali makanan juga perlu mendapatkan suntikan typhoid selain pemantauan melibatkan pemeriksaan bahan mentah dan tempat penyediaan makanan.
 
Penggunaan QR juga akan ditempatkan di bazar Ramadan bagi pengguna menyalurkan aduan kebersihan dan keselamatan makanan.

"Bagi yang datang beli kene ada pengetahuan kerana kita tahu dari keadaan ini dari sudut kualiti dan keselamatan bahan bahan makanan yang disiapkan , walau puasa tak boleh rasa, kita perlu guna perhati makanan, warna, fizikal," katanya selepas menyempurnakan perasmian Wellness Hub Terengganu di sini.

Bagaimanapun pengguna juga diingatkan untuk lebih berhati hati dengan mengamalkan sikap perhati, pilih, lihat dan hidu semasa membeli untuk mengelakkan keracunan makanan.
 
Operasi itu akan melibatkan 1,000 anggota dan pegawai bahagian keselamatan dan kualiti makanan
 
Sehingga kini, terdapat 33 'Wellness Hub' diwujudkan di seluruh negara dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat.
 
Wellness Hub di Terengganu menyediakan 13 pakej perkhidmatan antaranya saringan risiko kesihatan, pengurusan berat badan dan perkhidmatan berhenti merokok.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI