fb fb fb fb fb

Ops Aidiladha: 47,003 notis dikeluarkan JPJ sehingga semalam

Foto RTM

KOTA BHARU, 16 Jun- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  mengeluarkan  47,003 notis kesalahan di seluruh negara sepanjang Ops Hari Raya Aidiladha yang bermula 10 Jun hingga semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sepanjang ops berkenaan 209,37 kenderaan diperiksa  melibatkan 1,767 sitaan termasuk 1,462 kereta, 192 motosikal dan 113 lain-lain.

Beliau berkata, notis saman paling tinggi membabitkan tiada lesen memandu kompeten (CDL)  12,188, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh  9,711 dan teknikal 8,109.

Katanya, 1,428 saman turut dikeluarkan untuk beberapa kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya antaranya melanggar lampu isyarat merah, memotong garisan berkembar, menggunakan laluan kecemasan dan memotong barisan.

"Sebanyak 209,37 buah kenderaan di mana notis yang dikeluarkan adalah 47,003 notis ataupun 22 peratus daripada kesalahan kesalahan yang telah kita kesan pada kali ini.

"Sementara itu jumlah kenderaan yang telah kita sita sebanyak 1,767 yang terdiri daripada motosikal 1,462 motokar 192 dan lain lain kenderaan 113 saman dikeluarkan 47,003 saman tiada CDL 12,188 LKM tamat tempoh 9,711 teknikal 8,109", katanya  demikian kepada pemberita selepas operasi khas motosikal bersepadu di hadapan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Wilayah Timur, di sini malam tadi(Sabtu).

Sementara itu, pihaknya juga telah mengenalpasti dua pemandu bas ekspres yang berusia 42 dan 61 tahun yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah Methampethamine serta ganja pada 13 serta 14 Jun lalu.

Ujar Muhammad Kifli berkata, JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan mengikut Akta 715.

Beliau berkata, JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 selepas pengesahan lanjutan diperoleh daripada pihak AADK.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai supaya menyalurkan aduan kepada pihaknya menerusi aplikasi e-aduan@jpj atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang kesalahan trafik yang dilakukan.

Katanya lagi, sepanjang tahun 2023, sebanyak 60,799 aduan diterima dengan 90 peratus daripadanya berjaya diselesaikan manakala bakinya sedang dalam tindakan.

Baki yang belum diselesaikan itu disebabkan beberapa faktor antaranya kekurangan maklumat, tidak berlaku kesahihan, gambar atau video yang kurang jelas serta pengadu enggan memberi kerjasama.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD