fb fb fb fb fb

Operasi SAR mangsa tanah jerlus bersambung pagi ini

Pasukan bomba lengkap dengan alat pernafasan memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam hari ini/JBPM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter susulan tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini diteruskan hari ini yang memasuki hari keenam pencarian.

Tinjuan pemberita RTM mendapati pasukan bomba dan penyelamat telah tiba di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam sekitar pukul 9.15 pagi.

Beberapa anggota bomba lengkap dengan alat pernafasan juga dilapor telah memasuki stesen pam di IWK berkenaan.

Sementara itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pasukan SAR pagi ini akan meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa dengan memberikan tumpuan di kawasan kejadian di Jalan Masjid India.

"Kerja-kerja SAR pada malam tadi telah ditangguhkan ekoran hujan lebat.

"Pada masa sama, kerja-kerja Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan akan diteruskan dan dijangka selesai pada hari ini," menurut kenyataan hari ini.

2808 SAR TANAH JERLUS HARI KEENAM 3
Pasukan bomba lengkap dengan alat pernafasan memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam hari ini/JBPM

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA