fb fb fb fb fb

Operasi SAR hari ke-6 di IWK Pantai Dalam ditangguhkan

Anggota bomba semasa operasi mencari dan menyelamat di IWK Pantai Dalam

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di loji Indah Water Konsortium (IWK), Pantai Dalam ditangguhkan pada pukul 6.00 petang tadi dan akan disambung semula esok.

Operasi yang memasuki hari ke-6 dimulakan pada pukul 10.00 pagi membabitkan 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selain penglibatan petugas IWK.

Kerja-kerja pencarian tertumpu di bahagian penapis dalam tangki takungan setinggi 15 meter bagi memperolehi sebarang petunjuk baharu.

Terdahulu, semasa sesi tinjauan ke loji IWK Pantai Dalam, Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan lokasi tersebut merupakan titik akhir bagi operasi pencarian mangsa.

Dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, hilang dipercayai terjatuh ke lubang benam sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI