fb fb fb fb fb

Operasi samseng jalanan, 116 saman dikeluarkan dan 13 motosikal disita

ALOR SETAR, 23 Julai - Sebanyak 77 buah motosikal dan 30 kereta diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Gunung Keriang berdekatan Muzium Padi semalam.

Sebanyak 13 motosikal disita dalam operasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata turut diperiksa seramai 121 individu termasuk pelajar sekolah serta pemandu kereta yang menjadi penonton.

(Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir)

86 saman motosikal dan 30 saman kereta dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Anda sendiri yang memusuhi masyarakat sebenarnya. Pihak Polis apabila mendapat aduan daripada masyarakat pasti kita akan bertindak.

"Itu sahaja pesanan saya, ingat pihak polis tidak memusuhi remaja kami sayangkan anda. Kerana aktiviti ini sangat merbahaya boleh membawa kecelakaan," katanya.

Gunung Keriang antara lokasi panas di daerah Kota Setar yang sering menjadi litar aktiviti samseng jalanan.

Media Baharu