fb fb fb fb fb

Operasi pembenihan awan di Sabah dimulakan hari ini

Jabatan Bekalan Air Labuan turut mengambil bahagian dalam operasi pembenihan awan

LABUAN, 28 Mac- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memulakan operasi pembenihan awan (OPA) di Sabah bermula hari ini.
 
Pesawat Lockheed C-130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan membawa empat tangki air mengandungi campuran air garam lebih kurang 5,000 liter bertujuan mencetus hujan sebanyak mungkin di negeri itu.
 
Operasi dilaksana atas permohonan Kerajaan Sabah melalui penyelarasan antara NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Bekalan Air Labuan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
 
OPA dijalankan secara harian sehingga 30 Mac ini, bagi menghasilkan hujan di kawasan tumpuan cuaca panas dan kering antaranya Papar, Tawau dan Lahad Datu.


2803 OPA SABAH 
Operasi dilaksana melalui penyelarasan antara NADMA, MET Malaysia, Jabatan Bekalan Air Labuan dan TUDM

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE