Operasi mencari, menyelamat Kelvin diperluas

Foto hiasan

BAU, 5 Februari – Pasukan mencari dan menyelamat memperluas operasi pencarian kehilangan seorang kanak-kanak autisme hingga ke puncak Gunung Bung Bratak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi pencarian diperluas hingga ke puncak Gunung Bung Bratak susulan penemuan seluar pendek mangsa berhampiran air terjun.
  • Polis percaya kanak-kanak autisme berumur 8 tahun masih sesat di kawasan sekitar rumah, gagal menemui jalan pulang.
  • Lebih 60 individu terlibat termasuk polis, bomba, APM, penduduk kampung dan unit K-9.
  • Kanak-kanak dilaporkan hilang pada petang selepas bermain dengan abangnya di depan rumah.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, ia susulan penemuan seluar pendek milik mangsa, Kelvin Martin Beger berhampiran air terjun dekat gunung terbabit.

“Tidak mungkin kanak-kanak itu lemas atau tersesat kerana dia seorang orang kurang upaya (OKU) dengan kekurangan intelektual. Ini kerana anak sungai di kawasan air terjun terbabit amat cetek, hanya mencecah paras betis,” kata Mohd Haide.

Polis percaya mangsa yang berumur 8 tahun itu masih sesat di kawasan sekitar rumah dan gagal menemui jalan pulang dan ini merupakan kes pertama berlaku di kampung terbabit melibatkan kehilangan kanak-kanak.

Tinjauan RTM di kampung itu mendapati lebih 60 individu terlibat dalam operasi pencarian termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penduduk kampung dan anjing pengesan K-9.

Semalam mangsa dikatakan hilang selepas bermain bersama abangnya di depan rumah sekitar pukul 1.30 tengah hari selepas pulang dari sekolah.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan