fb fb fb fb fb

Operasi cari remaja hilang diteruskan

GERIK, 22 Jun- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai di Gerik memasuki hari kedua.

Mangsa Muhammad Naufal Adzimi Mohd Hariss yang mengalami masalah mental dikhuatiri telah hilang sejak Rabu.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik, PBK II, Nizam Zakaria, operasi SAR pada hari ini dimulakan pada jam 10 pagi dengan dibantu dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9).

Radius pencarian melibatkan enam kumpulan dilakukan sekitar dua kilometer dari lokasi terakhir motosikal mangsa ditemukan.

Pada Khamis, pihak JBPM Gerik menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang pada 1.33 pagi.

Lokasi terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9.00 pagi.


(Radius pencarian melibatkan enam kumpulan dilakukan sekitar dua kilometer dari lokasi terakhir
motosikal mangsa ditemukan)

Media Baharu