fb fb fb fb fb

Operasi cari nelayan hilang di Tok Bali memasuki hari ketiga

FOTO MARITIM KELANTAN

PASIR PUTEH, 11 Disember- Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) seorang kru bot nelayan tempatan warga Thailand yang disyaki jatuh ke dalam laut memasuki hari ketiga di perairan Tok Bali, sini.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, operasi bermula pukul 7.00 pagi itu melibatkan sektor pencarian yang dijangka merangkumi 51 nautika persegi.

Pencarian hari ini tertumpu di bahagian utara lokasi kejadian dengan membabitkan dua aset laut Maritim, selain dibantu dua bot nelayan daripada Persatuan Nelayan Semerak.

Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Mr. Bhuntin, 45, disyaki terjatuh ke dalam laut ketika sedang menangkap ikan berdekatan Pulau Perhentian.
 
Erwan Shah berkata, berdasarkan keterangan tekong bot terbabit,  mangsa didapati hilang ketika bot berada di posisi kira-kira 13 batu nautika dari Pulau Perhentian.
 
Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek warna khaki.

SITI AISHAH BINTI MD ISA