
KUALA TERENGGANU, 23 Februari- Kadar kematian pengguna jalan raya di Terengganu meningkat kepada 10 kes tahun ini berbanding enam kes bagi tempoh sama tahun lalu sepanjang Operasi Khas Tahun Baru Cina (Op TBC).
- Peningkatan kematian pengguna jalan raya kepada 10 kes sepanjang Op TBC tahun ini.
- Kecuaian penunggang motosikal persendirian di laluan kampung penyumbang utama.
- Data dari laluan persekutuan dan negeri mengenal pasti kawasan kampung bermasalah.
- JPJ akan giat bekerjasama dengan persatuan permotoran untuk kempen keselamatan jalan raya.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata peningkatan itu disebabkan kecuaian penunggang motosikal persendirian terutama di laluan kampung.
“Sebaik kami mengumpul data daripada laluan persekutuan dan negeri, didapati beberapa kes terutama di kawasan kampung telah menyumbang kepada peningkatan statistik kematian sepanjang Op TBC,” kataya
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan keselamatan sempena Op TBC 2026 di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini.
Tambahnya, pihak JPJ akan lebih giat bekerjasama dengan persatuan permotoran bagi memberi pendedahan dan melaksanakan kempen keselamatan jalan raya.