fb fb fb fb fb

Op Selamat :Polis pantau 122 lokasi kemalangan seluruh negara

Foto hiasan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 April -Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi Op Selamat memantau 122 lokasi di seluruh negara yang direkodkan kerap berlaku kemalangan, terutamanya membabitkan kematian.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pada Jumaat lalu, pihak konsesi lebuh raya merekodkan 2.12 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya PLUS manakala bagi Lebuh Raya Karak, hampir 300,000 kenderaan.

Lokasi kemalangan membabitkan 46 di lebuh raya dan 76 di Jalan Persekutuan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya merancang terlebih dahulu pergerakan pulang ke kampung halaman, terutama perjalanan jauh

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD