fb fb fb fb fb

Op Selamat 22 dilaksana pada 8 hingga 13 April 2024

Ketua Polis Negara berucap semasa Pelancaran Maya Op Selamat 22 menerusi facebook PDRM

KUALA LUMPUR, 5 April- Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 akan dilaksanakan pada 8 hingga 13 April 2024, dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata menasihatkan pengguna jalan raya merancang perjalanan, bersikap sabar dan berhemah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman atau destinasi percutian.

"Bersempena sambutan Hari Raya yang menjelang tiba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penuh rasa tanggungjawab memikul amanah memastikan masyarakat dapat menikmati sambutan perayaan dengan rasa selamat dan sejahtera.

“Sesungguhnya, kebersamaan masyarakat dan PDRM amat ditagih dalam memastikan kempen Op Selamat tahun ini mencapai sasarannya", katanya semasa Pelancaran Maya Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 menerusi facebook PDRM.

Beliau dan seluruh warga PDRM turut mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'.

"Moga kita semua dapat meraikan lebaran ini dengan penuh bermakna bersama insan yang tersayang. Sayangi diri dan keluarga anda, jauhi kemalangan", katanya.

ROSLINA BINTI DIN