fb fb fb fb fb

Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 April- Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan penurunan 1.41 peratus kes kemalangan jalan raya di seluruh negara sepanjang tempoh Op Selamat 22 sempena sambutan Aidilfitri bermula 8 hingga 13 April lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.Kes kemalangan maut juga menurun 10 peratus dengan 105 kes berbanding 117 kes pada tahun lepas, manakala jumlah kematian turut mencatatkan pengurangan enam peratus dengan 119 kematian berbanding 126 kematian pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Teks ucapan beliau dibacakan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar.

Jelasnya lagi , penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian tertinggi dengan 79 kematian berbanding 80 kematian yang direkodkan pada tahun lepas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE