fb fb fb fb fb

Op Khas Motosikal: 90 notis dikeluarkan, 4 kenderaan disita

Operasi Khas Motosikal oleh JPJ Cawangan Miri telah dijalankan di KM5, Jalan Miri-Bintulu, Miri bermula pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 12 tengah malam, malam tadi/Foto JPJ Sarawak

KUCHING, 18 April - Sebanyak 90-notis telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Cawangan Miri menerusi satu Operasi Khas Motosikal yang dijalankan di Kilometer 5, Jalan Miri-Bintulu semalam.

JPJ Sarawak dalam kenyataan di Facebook berkata, sebuah kenderaan pikap, sebuah kereta dan dua buah motosikal turut disita atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor(LKM) tamat tempoh.

Kesemua notis yang dikeluarkan pula melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen memandu dan LKM tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran.

Selain itu, notis turut dikeluarkan atas kesalahan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi serta kesalahan teknikal yang lain seperti memasang aksesori yang boleh menyebabkan bahaya.

Operasi kali ini menyasarkan pelbagai kesalahan oleh pengguna jalan raya serta bertujuan meningkatkan pematuhan kepada peraturan jalan raya.

Ia juga untuk memastikan setiap kenderaan selamat digunakan serta tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

GRACE AISYAH KEDAYAN