fb fb fb fb fb

OP Khas: 27,329 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan

IPOH, 14 Februari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 27,329 notis membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Ops Khas Sembilan Kesalahan Utama bagi tempoh 1 hingga 13 Februari lalu.

Daripada jumlah itu memandu melebihi had laju merekodkan kesalahan paling tinggi dengan 19,722 notis dikeluarkan diikuti melanggar lampu isyarat merah 4,283, tidak pakai tali pinggang atau topi keledar 1,700 dan muatan bahaya 681.

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan, kesalahan lain turut meliputi memandu di lorong kecemasan iaitu sebanyak 277, menggunakan telefon bimbit 263, memotong barisan 190, memotong di garisan berkembar 171 dan memandu kenderaan berat di lorong laju 42.

"Jadi disini menunjukkan bahawa tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan dan pematuhan masih lagi ditahap yang membimbangkan dan operasi sebegini rupa bersama-sam dengan agensi-agensi sahabat kita iaitu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama dengan kita hari ini dan juga Jabatan Imigresen, saya ucapkan terima kasih kerana mereka sentiasa bersama-sama kami dalam melaksanakan operasi-operasi khas sebegini rupa dan mendatangkan hasil yang baik," kata Lokman kepada pemberita selepas meninjau Ops Khas Motosikal dan Ops Khas Sembilan Kesalahan Utama yang dijalankan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Jalan Brash, di sini.

Tambah beliau, bagi tempoh yang sama, JPJ menerima aduan awam sebanyak 3,440 kes pelbagai kesalahan yang dimuat naik di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Operasi berkenaan turut disertai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

TETITIA YUSOFF