fb fb fb fb fb

Op Belanja, lima pendatang asing berjaya diberkas

Foto Ihsan JIM

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Seramai lima pendatang asing tanpa izin ditahan dalam Op Belanja Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.

Semua yang ditahan terdiri daripada dua warga Bangladesh dan tiga Myanmar.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata seorang majikan warga tempatan turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Operasi itui dilaksana di tiga lokasi berbeza di Selayang, Jalan Ipoh serta Batu Caves melibatkan 15 pegawai Imigresen.

Kesemua warga asing terbabit dibawa ke Depoh Imigresen Bukit Jalil dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(C) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM