fb fb fb fb fb

Onn Hafiz, Rozi Mamat dilantik ketuai UMNO Johor, Terengganu

Onn Hafiz Ghazi dan Rozi Mamat

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, Setiausaha UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka serta menzahirkan penghargaan terhadap Mohamed Khaled dan Ahmad sepanjang memimpin UMNO negeri masing-masing.

"Moga dapat meneruskan usaha memperkukuh dan memperkasakan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan tanah air," kata Asyraf menerusi Facebooknya hari ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA