fb fb fb fb fb

Onn Hafiz bidas tindakan Zahid

Foto FB Onn Hafiz Ghazi

JOHOR, 21 November- Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, membidas tindakan Presiden UMNO dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang didakwa menerusi sebuah portal media, akan berunding dengan Pakatan Harapan hari ini.

Menerusi kenyataan beliau, rundingan tersebut tidak wajar kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjadi punca kekalahan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, selain bercanggah keputusan akhir parti untuk tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.


(Foto fail)

Menurut Datuk Onn Hafiz, Presiden UMNO dan BN tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi BN.

Sebarang keputusan dibuat Datuk Seri Ahmad Zahid tanpa persetujuan tersebut, dikira tidak sah daripada segi perlembagaan parti.

Semalam, Datuk Onn Hafiz memohon Presiden UMNO dan BN, segera meletak jawatan , atas kekalahan parti pada PRU ke 15, yang disokong Exco Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, dan Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Media Baharu