fb fb fb fb fb

Objek mencurigakan tidak mengandungi bahan letupan

Objek mencurigakan yang ditemui di tepi jalan Lebuh Sungai Pinang George Town diperbuat daripada kertas, wayar dan simen

GEORGE TOWN, 9 Januari- Objek mencurigakan yang ditemui di tepi jalan Lebuh Sungai Pinang di sini disahkan tidak mengandungi bahan letupan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abdul Rozak Muhammad berkata, objek berkenaan diperbuat daripada kertas, wayar dan simen.

Objek berkenaan kemudiannya dinyahaktifkan oleh Unit Pemusnah Bom kira-kira pukul 11.50 pagi.

Bagaimanapun tempat kejadian disahkan selamat dan telahpun dibuka kepada orang ramai kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan berlaku.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

Pagi tadi, tular di media sosial berhubung penemuan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan di kawasan tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI