fb fb fb fb fb

Nyahaktif paparan tukaran wang RM, selesai aspek teknikal

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Tindakan Google menyahaktifkan ciri-ciri termasuk graf pertukaran nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) di enjin cariannya buat sementara waktu adalah bagi menyelesaikan beberapa aspek teknikal, dan bukan arahan mana-mana pihak kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, beliau sendiri telah berhubung dengan pihak Google untuk memastikan perkara berkenaan.

"Jadi saya telah berhubung dengan pihak Google untuk mendapatkan pengesahan tentang isu ini dan pihak Google memaklumkan bahawa berdasarkan perbincangan mereka dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Ada beberapa aspek telah mereka turunkan sementara waktu bagi memastikan tidak berulang kejadian dalam menerbitkan data kadar pertukaran RM," katanya dalam sidang media di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media di ibu negara.

Fahmi turut berterima kasih dengan langkah positif yang diambil pihak Google dalam memastikan data integriti diutamakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI