(Nurul Izzah Anwar)
IPOH, 29 Januari- Pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat berdasarkan kelayakan akademiknya.
Anwar memaklumkan, anaknya itu tidak menerima sebarang elaun atas pelantikan tersebut.
"Soal Nurul Izzah di pejabat, memang saya pelawa dia untuk membantu saya sebagai penasihat di pejabat Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
"Tetapi, saya tidak membayar apa-apa elaun kepada dia," katanya selepas selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Tambun di sini.
Terdahulu, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Nurul Izzah memberitahu, matlamat utama beliau adalah untuk memberikan manfaat kepada negara dengan memberi tambah nilai terhadap usaha memulihkan ekonomi terutama ekonomi rakyat.
(Anwar Ibrahim)