fb fb fb fb fb

Nur Azhar Bujang dilantik sebagai Setiausaha DUN Sarawak

FOTO UKAS

KUCHING, 28 Mac- Bekas Peguam Kanan Negeri, Nur Azhar Bujang dilantik sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, DUN Sarawak yang baharu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh DUN Sarawak, Upacara Angkat Sumpah berlangsung di bangunan DUN Sarawak, pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah pelantikan di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Upacara dimulakan dengan Ikrar Angkat Sumpah dan seterusnya menandatangani watikah pelantikan.

Turut hadir, Timbalan Speaker DUN Sarawak, Datuk Idris Buang dan Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Saferi Ali.

Nur Azhar, 39 tahun, menggantikan Pele Peter Tinggom yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 5 Mac lepas.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada 2009, dan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada 2010 dari Universiti Teknologi Mara.

Nur Azhar kemudiannya meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Undang-Undang dalam Harta Intelek dan Ekonomi Digital dari University of Glasgow Scotland.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE