fb fb fb fb fb

NSFC umum Avanzini pemain import baharu

Foto Facebook NSFC

SEREMBAN, 21 September - Negeri Sembilan FC (NSFC) mengumumkan Sebastian Avanzini sebagai pemain import baharu bagi memperkuat cabaran Skuad Jang dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

Bermain di posisi tengah, pemain berusia 29 tahun itu yang sebelum ini bersama Kuala Lumpur City FC pada sesi 2023 beraksi dalam 31 perlawanan dan mencatatkan dua gol serta empat bantuan gol ketika bersama pasukan itu.

Ketua Jurulatih NSFC K. Nanthakumar berkata kehadiran pemain kelahiran Itali itu akan memberi suntikan berkualiti kepada pasukan terutama di bahagian tengah untuk terus beraksi lebih cemerlang.

“Beliau ada pengalaman luas dan kami yakin kemahiran serta kebolehannya di atas padang akan memberi impak besar kepada pasukan.

“Kami (barisan kejurulatihan) akan membantu beliau menyesuaikan diri dengan sistem permainan. Beliau telah mula turun berlatih bersama pasukan dan menunjukkan komitmen baik ketika sesi latihan," katanya dalam kenyataan.

NSFC akan bertandang ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang Ahad ini untuk perlawanan Liga Super menentang Penang FC.- BERNAMA

Trainee2