fb fb fb fb fb

NRES kenal pasti senarai awal klasifikasi plastik sekali guna

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam kini sedang mengenal pasti senarai awal bagi mengklasifikasikan plastik sekali guna yang bermasalah, tidak diperlukan dan boleh dielakkan.

Ia sebahagian usaha bawah Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030, (MPSR) ke arah mengurangkan dan seterusnya menghapuskan penggunaan plastik pakai buang secara bersasar.

Bagaimanapun, Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, memaklumkan usaha berkenaan menghadapi kekangan susulan bidang kuasa berasingan antara pihak kerajaan Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

"Berhubung caj pencemaran penggunaan beg plastik sekali guna, hanya beberapa buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Johor dan Perlis yang mengenakan caj. Ini menunjukkan masih banyak negeri dan sektor yang tidak melaksanakan agenda bebas plastik," katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE