fb fb fb fb fb

NRBTC ditubuhkan, ekosistem lengkap untuk EV di Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Disember- SIRIM Bhd melancarkan ekosistem lengkap untuk kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan menubuhkan Pusat Ujian Bateri Boleh Dicas Semula Nasional (NRBTC), yang akan memperluaskan rantaian nilai EV .

Ekosistem lengkap ini terdiri daripada kelulusan corak untuk sistem pengecasan EV, ujian bateri dan pensijilan untuk komponen serta sistem EV.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelancaran itu menandakan SIRIM telah membina ekosistem yang diperlukan Malaysia sebagai pemain utama pasaran EV global.

"Saya ingin memuji SIRIM kerana sentiasa menjadi penyumbang utama dalam pembangunan industri negara, SIRIM amat sinonim dengan penyelidikan, teknologi dan kualiti.

"Sejak 1966, SIRIM telah terbukti menjadi rakan kongsi yang berharga untuk pasaran domestik, bagi saya yang lebih penting adalah untuk pasaran global", katanya.

Katanya, industri EV merupakan bidang tumpuan utama negara sepertimana yang digambarkan melalui Dasar dan Strategi Pelan Pembangunan Mobiliti rendah karbon (LCMB) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER).

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Majlis SIRIM Industri 2023, di Kuala Lumpur. 

ROSLINA BINTI DIN