fb fb fb fb fb

Nilai ringgit pada tahap baik - Anwar

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Nilai ringgit berada pada paras baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga disokong prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan pada suku pertama 2024.

"Oklah..figure (angka) umumnya baik. Kita syukur alhamdulillah .. 'first quater' (suku pertama) seperti yang disebut oleh gabenor tadi, ok," kata Anwar selepas selesai merasmikan Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di sini.

Ketika ini ringgit terus mengukuh kepada 4.69 berbanding dolar AS, manakala Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula mencatat kadar lebih tinggi, iaitu sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding 2.9 peratus pada suku keempat tahun lalu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM