fb fb fb fb fb

Nilai eksport industri nanas meningkat RM5.7 bilion

FOTO FAIL

PONTIAN, 27 Jun - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) merekodkan peningkatan kawasan tanaman kepada 18,273 hektar tahun lalu melibatkan pengeluaran melebihi 440,882 metrik tan nanas.

Pengerusinya Sheikh Umar Ali berkata, nilai eksport industri nanas juga meningkat kepada RM5.7 bilion.

Pengambilan produk nanas per kapita negara pula mencapai 12.2 kilogram (kg) setiap tahun melibatkan kadar sara diri melebihi 102 peratus.

"Ini adalah satu khabar baik, ini satu data angka baik kami di LPNM dan sambutan masyarakat terhadap industri nanas meningkat dengan sangat baik dan positif sekali.

"Jadi kami mengadakan sambutan hari nanas Malaysia ini untuk meraikan dan mengangkat pencapaian ini sekali gus menghargai meraikan pemain industri nanas tanah air," kata Sheikh Umar pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Nanas Malaysia di Alor Bukit, di sini.

Antara cabaran yang dihadapi LPNM ketika ini adalah bekalan nanas untuk dieksport kerana hanya 1,000 kontena dapat disasarkan pada tahun ini, berbanding permintaan 4,000 kontena yang didaftarkan di pasaran dunia.

Untuk itu, perluasan kawasan tanaman lebih luas memainkan peranan penting bagi meningkatkan pengeluaran nanas seterusnya mencapai permintaan tersebut.

TETITIA YUSOFF