KUALA LUMPUR, 17 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah dengan 99 lot diniagakan hari ini.
Kontrak bulan semerta Mei 2023 merosot kepada US$1,988.10 setiap troy auns daripada US$2,013.20 setiap troy auns semasa ditutup semalam.
Kontrak bagi Jun 2023, Julai 2023, Ogos 2023, Oktober 2023 dan Disember 2023 semuanya ditutup pada US$1,996.30 setiap troy auns.
Harga emas fizikal berada pada US$2,007.45 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 16 Mei 2023.- BERNAMA
(Foto Hiasan)