fb fb fb fb fb

NHMS, sasar golongan wanita, ibu dan kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Institut Kesihatan Umum sedang melakukan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) terhadap tiga golongan sasar membabitkan wanita, ibu dan kanak-kanak.

Menurut Pakar Perubatan Awam, Dr Mohd Shaiful Azlan Kassim, sebanyak 70 pasukan yang terpilih dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan tinjauan tersebut.


(Pakar Perubatan Awam, Dr Mohd Shaiful Azlan Kassim)

"Setiap pasukan akan terdiri daripada seorang jururawat, dua penemuramah daripada penolong penyelidik yang ini adalah pegawai kontrak lantikan kita dan mereka setiap 70 kumpulan ini akan diselia oleh pegawai teknikal ataupun pegawai tetap daripada institut kesihatan umum dan juga lantikan daripada Jabatan Kesihatan Negeri.

"Mereka terdiri daripada pakar perubatan kesihatan awam, iaitu penyelia jururawat, pegawai perubatan, dan ada juga daripada pegawai kesihatan persekitaran," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambah beliau, tinjauan yang dilakukan dari rumah ke rumah yang terpilih tersebut sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada 9 Ogos lalu dan akan berakhir pada 31 Oktober ini.

NHMS dilakukan bagi mendapatkan status terkini mengenai tahap kesihatan wanita, ibu dan kanak-kanak.


(Dr Mohd Shaiful Azlan Kassim, pada program Selamat Pagi Malaysia hari ini di sini)

Media Baharu