fb fb fb fb fb

Nelayan Thailand hilang ditemui selamat di perairan Pulau Tioman

FOTO MARITIM JOHOR

MERSING, 31 Julai – Seorang nelayan Thailand yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemui selamat oleh nelayan tempatan di perairan Pulau Tioman pada pukul 8.40 pagi tadi.

Mangsa, Wasan, 33 tahun, sebelum ini gagal dihubungi ketika berada kira-kira 4.4 batu nautika timur Pulau Pemanggil.

Menurut Pemangku Pengarah Maritim Johor, Kama Azri Kamil, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan kawasan seluas 751 batu nautika persegi dengan penyertaan pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikanan, Tentera Laut Diraja Malaysia serta nelayan tempatan.

Selepas diselamatkan, Wasan dibawa ke Jeti Perikanan Endau, Mersing untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE