fb fb fb fb fb

Nelayan tangkap buaya 500 kg di Pantai Siring

FOTO BOMBA MELAKA

JASIN, 17 April- Seekor buaya tembaga dianggarkan sepanjang lima meter dengan berat kira-kira 500 kilogram di tangkap nelayan di Pantai Siring, Jasin, Melaka tengah hari tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian sekitar pukul 12.06 tengah hari.

Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi didapati benar terdapat seekor buaya tembaga yang telah ditangkap oleh nelayan di tepi pantai.

Operasi terkawal dan buaya itu diserahkan kepada PERHILITAN Melaka untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE